...
Sepanjang pembelajaran yang telah ditimba bersama Jurulatih kami En. Redzuan bin Mohamed Junid yang bersungguh-sungguh memberikan pengajaran yang sebelum ini tidak terlintas oleh kami untuk mengendalikan program dan berkomunikasi diantara semua golongan dan kelompok komuniti untuk menjayakan sesuatu program.
Dengan kesabaran dan ilmu yang telah dicurahkan oleh jurulatih kami didalam mengendalikan budaya kerja yang sistematik dan cara-cara mengatasi masalah luar jangkaan, kami banyak menerima teguran daripadanya apabila sesuatu yang berlaku dan tidak diatasi dengan kadar segera bagi mengelakkan pembaziran masa, tenaga dan kewangan.
Didalam program komuniti ini juga buat pertama kalinya kami diajar bagaimana menggunakan dan peranan checklist, kerjasama, toleransi didalam kejayaan sesuatu program. Walaupun ianya agak janggal bagi kami, tetapi berkali kali kami ditegaskan oleh jurulatih bahawa checklist adalah perancangan utama walaupun penyediaan nya agak remeh. tetapi kita dapat melihat kelemahan dan kekurangan diri didalam mengatasi dan melaksanakan masalah.
Didalam pembinaan blog banyak perkara yang telah kami pelajari, walaupun agak ringkas pada peringkat permulaannya ianya amat sukat untuk kami memahami, sebagai jurulatih beliau sentiasa berada untuk memberikan tunjuk ajar.
Akhir sekali, Kami merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung didalam menjayakan program ini untuk kali pertamanya. Terima Kasih juga diucapkan kepada persatuan Belia dan Pengerusi Belia MAYC Kg Tua , Pen. Pegawai Perpaduan Daerah yang telah sudi menjadi Penaung, Yang berhormat kerana kerja sama yang diberikan didalam tugasan yang di berikan kepada kami.
Terima kasih semua..
Noor Aishah bt Basari
Ketua dan ahli kumpulan
Projek Komuniti/ICT
Kedaikom Kampung Tua. Lambor Kanan. Perak